Bayangkan, siling tingkat atas berlubang besar sampai boleh nampak bulan. Kalau hujan turun, tak payah pergi sungai—terus ada waterfall percuma di tingkat bawah.
Ini kisah sebuah rumah pusaka di Pinggiran Ukay, Ampang. Dah lama sangat ditinggalkan, keadaannya… Allahu, memang macam tongkang pecah. Terlalu banyak kerosakan fizikal sana-sini.
Tapi, fizikal rumah teruk tu baru satu hal. ‘Penyakit’ sebenar ada pada dokumen.
Pemaju asal dah bankrap. Status pula masih Master Title, dan rumah ini diletakkan di bawah Jabatan Insolvensi. Paling pening, urusan geran ni berangkai dan kena berurusan dengan 3 Pejabat Daerah yang berbeza. Bayangkan serabut dia macam mana?
Di sinilah bermula fasa yang paling menguji mental. Saya sendiri turun naik Pejabat Insolvensi di Maju Junction dua kali. Pihak peguam jangan cakaplah, tak terkira berapa kali follow up. Dugaan bertambah bila pegawai yang in-charge tiba-tiba bercuti panjang, dan tak lama lepas tu, bertukar pegawai lain pula!
Tapi dalam setiap kesusahan, pasti ada jalan.
Owner sangat memahami dan reda jual jauh dari harga pasaran—hanya RM430k berbanding Bank Value RM650k—kerana sedar kos nak baiki rumah tu tinggi.
Paling saya respek, saya dapat seorang banker yang sangat sudi membantu dan sanggup tunggu consent dari peguam walaupun makan masa. Saya masih ingat 2 soalan epik yang banker tu tanya saya:
“Bos, rumah ni ada dinding tak?” — Ada.“Rumah ada bumbung tak?” — Ada, tapi berlubang besar.
Jawapan banker ni buat saya lega gila:“Takpe Bos. Janji ada dinding, ada bumbung. Valuation kita boleh dapat.” 😭
Alhamdulillah. Berkat sifat tak kenal putus asa peguam dan banker, serta kesabaran tahap dewa daripada pihak buyer dan owner, akhirnya consent berjaya dilepaskan!
Rumah selamat terjual dan selesai tukar nama. Buyer pun sangat gembira sebab dapat beli rumah berdekatan dengan keluarga mereka. Berbaloi tunggu lama.
Di sebalik setiap transaksi hartanah yang rumit, perlukan team yang betul-betul solid. Ingin berkenalan dengan banker dan peguam ‘superhero’ yang menguruskan penjualan rumah ini? Boleh terus DM saya. 📩



